Menu Utama      l      Maklumat
 Menu Utama      l      Maklumat Umum          Pengurusan      l      Perkhidmatan          Sekolah pengajian      l      Akademik
--------------- Selamat Datang Ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad  Shah ---------------
kipsas

New Page 1

VISI, MISI & OBJEKTIF

MOTO

Berilmu Bertakwa

FALSAFAH

Pendidikan bersepadu berteraskan ilmu, iman dan amal melahirkan insan bertaqwa, berketrampilan dan berkepemimpinan membentuk masyarakat sejahtera dan harmoni dunia dan akhirat.

VISI

Menjadi institusi pengajian yang memanfaatkan ilmu secara bersepadu bagi melahirkan insan cemerlang memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.

MISI

Menjadi wadah kepada pelajar aliran agama khususnya; bagi memperolehi pendidikan tinggi berteraskan nilai-nilai Islam yang melahirkan graduan cemerlang, berketrampilan serta berdaya saing unutk menyumbang secara efektif kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF

MENJADI pusat pengajian tinggi dan pusat kecemerlangan ilmu yang unggul di negeri Pahang yang menggabungkan secara bersepadu antara ilmu agama dengan cabang-cabang ilmu yang lain.

MENJADIKAN KIPSAS sebagai organisasi katalis supaya seluruh sistem pendidikan Islam negeri Pahang bergerak secara satu pasukan ke arah mencapai matlamatnya.

MENYEDIAKAN sumber manusia yang bukan sahaja berkeahlian dalam hal-hal keagamaan Islam tetapi juga berpengetahuan dalam bidang-bidang ilmu lain supaya dapat memberi sumbangan positif kepada pembangunan negeri Pahang khususnya dan negara Malaysia amnya.

MELAHIRKAN individu yang seimbang, berilmu, berakhlak dan beramal dengan nilai-nilai keislaman dalam kehidupan.

 


Hakcipta Terpelihara -
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Kredit :Unit Komputer KIPSAS 2009 Versi 4 (20 Februari 2009) ;
Tel : +609 - 5365353  Fax : +609 - 5364421
webmaster@kipsas.edu.my / pro@kipsas.edu.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Mozilla Firefox or Microsoft Internet Explorer dengan resolusi (1024 x 768)