|
New Page 1
|
VISI, MISI & OBJEKTIF
MOTO
Berilmu Bertakwa
FALSAFAH
Pendidikan bersepadu berteraskan ilmu, iman dan amal melahirkan insan
bertaqwa, berketrampilan dan berkepemimpinan membentuk masyarakat
sejahtera dan harmoni dunia dan akhirat.
VISI
Menjadi institusi pengajian yang memanfaatkan ilmu secara bersepadu bagi
melahirkan insan cemerlang memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.
MISI
Menjadi wadah kepada pelajar aliran agama khususnya; bagi memperolehi
pendidikan tinggi berteraskan nilai-nilai Islam yang melahirkan graduan
cemerlang, berketrampilan serta berdaya saing unutk menyumbang secara
efektif kepada pembangunan negara.
OBJEKTIF
MENJADI pusat pengajian tinggi dan pusat kecemerlangan ilmu yang unggul di
negeri Pahang yang menggabungkan secara bersepadu antara ilmu agama dengan
cabang-cabang ilmu yang lain.
MENJADIKAN KIPSAS sebagai organisasi katalis supaya seluruh sistem
pendidikan Islam negeri Pahang bergerak secara satu pasukan ke arah
mencapai matlamatnya.
MENYEDIAKAN sumber manusia yang bukan sahaja berkeahlian dalam hal-hal
keagamaan Islam tetapi juga berpengetahuan dalam bidang-bidang ilmu lain
supaya dapat memberi sumbangan positif kepada pembangunan negeri Pahang
khususnya dan negara Malaysia amnya.
MELAHIRKAN individu yang seimbang, berilmu, berakhlak dan beramal dengan
nilai-nilai keislaman dalam kehidupan.
|