|
PENGENALAN
Perpustakaan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( PerKIPSAS )
telah ditubuhkan pada tahun 1996 beralamat di Km 8, Jalan Gambang,
Kuantan Pahang Darul Makmur.
PerKIPSAS mulanya beroperasi di blok D (Dewan Kuliah 4) bangunan
lama sebelum operasinya berpindah kebangunan baru pada februari
2001.
PerKIPSAS kini mempunyai koleksi buku lebih kurang 30,000. Koleksi
majalah tempatan dan luar negara sebanyak 73 judul. Jurnal tempatan
dan luar negara sebanyak 30 judul. PerKIPSAS juga menawarkan
bahan-bahan rujukan lain seperti CD-ROM, Tesis, contoh soalan
peperiksaan, akta dan lain-lain.
PerKIPSAS juga menyediakan ruang membaca yang selesa dan sesuai
untuk pengguna mengulangkaji pelajaran. Komputer dan internet juga
disediakan untuk kemudahan pelajar membuat rujukan.
PerKIPSAS juga telah meningkatkan kemampuannya untuk memberikan
perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna dengan
mengautomasikan pengurusan Perpustakaan sepenuhnya. Kami menggunakan
sistem berkomputer dengan perisian Virginia Tech Library System atau
VTLS.
Pengguna diharap dapat mematuhi peraturan dan memberi kerjasama
sepenuhnya kepada kakitangan yang bertugas agar urusan di
perpustakaan akan berjalan lancar dan dapat memberi keselesaan
kepada semua pihak.
OBJEKTIF PERPUSTAKAAN KIPSAS
Menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan serta
perkembangan yang dijalankan di Kolej.
Berusaha mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca di samping menjadi
insan yang berilmu, beriman, beramal, berketerampilan dan berakhlak
mulia.
|