Utama  |  Maklumat Umum  |  Pengurusan  |  Perkhidmatan Akademik  |  Sekolah Pengajian

--------------- Selamat Datang Ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad  Shah ---------------

New Page 1

PERKHIDMATAN

Unit Pentadbiran
Unit Kewangan
Unit Komputer
Jabatan Bahasa
Unit Peperiksaan &
     Akademik
Unit Hal Ehwal Pelajar
     - MPPKIPSAS
     - Rakan Muda
     - Wataniah 505
Unit Matapelajaran Wajib      LAN
Unit Perpustakaan
Unit Kaunseling
Unit Sukan dan
     Kokurikulem
Unit Kembangan
     KIPSAS



APLIKASI  ON-LINE

UNIT PERPUSTAKAAN

 

 Website : PerpustakaanKIPSAS

 

PENGENALAN 

Perpustakaan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( PerKIPSAS ) telah ditubuhkan pada tahun 1996 beralamat di Km 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur.

PerKIPSAS mulanya beroperasi di blok D (Dewan Kuliah 4) bangunan lama sebelum operasinya berpindah kebangunan baru pada februari 2001.

PerKIPSAS kini mempunyai koleksi buku lebih kurang 30,000. Koleksi majalah tempatan dan luar negara sebanyak 73 judul. Jurnal tempatan dan luar negara sebanyak 30 judul. PerKIPSAS juga menawarkan bahan-bahan rujukan lain seperti CD-ROM, Tesis, contoh soalan peperiksaan, akta dan lain-lain.

PerKIPSAS juga menyediakan ruang membaca yang selesa dan sesuai untuk pengguna mengulangkaji pelajaran. Komputer dan internet juga disediakan untuk kemudahan pelajar membuat rujukan.

PerKIPSAS juga telah meningkatkan kemampuannya untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna dengan mengautomasikan pengurusan Perpustakaan sepenuhnya. Kami menggunakan sistem berkomputer dengan perisian Virginia Tech Library System atau VTLS.
Pengguna diharap dapat mematuhi peraturan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kakitangan yang bertugas agar urusan di perpustakaan akan berjalan lancar dan dapat memberi keselesaan kepada semua pihak. 

 

OBJEKTIF PERPUSTAKAAN KIPSAS 

Menyokong kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan serta perkembangan yang dijalankan di Kolej. 

Berusaha mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca di samping menjadi insan yang berilmu, beriman, beramal, berketerampilan dan berakhlak mulia. 

 

 

 Hakcipta Terpelihara KIPSAS 2007 - Versi 3 (15 Januari 2007) ;
 Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
 Tel : 609 - 5365353  Fax : 609 - 5364421
 
webmaster@kipsas.edu.my