line decor
  
line decor
 
 
 
 
   
 

Latar Belakang
Sekolah Pengajian Pengurusan KIPSAS

Dalam merealisasikan visi dan misi Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan ilmu duniawi dan ukhrawi, Sekolah Pengajian Pengurusan telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan menawarkan 3 kursus pengajian iaitu Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan dan Perbankan dan Diploma Pengajian Perniagaan.

Ketiga-tiga diploma tersebut telah ditawarkan di bawah Sekolah Pengajian Pengurusan (SPP) yang turut ditubuhkan pada tahun yang sama. Sehingga tahun 2011, SPP telah berjaya melahirkan hampir 300 orang graduan yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD). Selain itu, kajian pengesanan graduan SPP menunjukkan kebolehpasaran dan penerimaan graduan daripada pasaran amat menggalakkan, baik daripada sektor Kerajaan mahupun sektor swasta. Tidak dilupakan graduan SPP yang telah diterapkan dengan budaya keusahawanan yang berjaya membuka perniagaan sendiri dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi Malaysia.Pada tahun 2006, SPP telah dibahagikan kepada 3 jabatan, iaitu:
  • Jabatan Perakaunan, yang mengendalikan Diploma Perakaunan,
  • Jabatan Kewangan dan Perbankan yang mengendalikan Diploma Kewangan dan Perbankan, dan
  • Jabatan Pengajian Perniagaan yang mengendalikan Diploma Pengajian Perniagaan
Penubuhan jabatan ini dilihat menyokong usaha KIPSAS untuk menaiktaraf kepada Kolej Universiti pada satu hari nanti. Perkembangan SPP selanjutnya dapat dilihat pada tahun 2009 apabila 2 diploma baru telah ditawarkan iaitu:
  • Diploma Pengurusan Kewangan Islam, dan
  • Diploma Pengurusan Pemasaran
Semua diploma SPP telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
 


IKUTI SEKOLAH PENGAJIAN PENGURUSAN
Facebook
Twitter

FB SPP

Twitter SPP
 
PAUTAN PANTAS
KIPSAS
Program
Emel
Permohonan

 

     
 
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox ver 8.01 dan Internet Explorer 9 ke atas dengan resolusi 1280 X 800

Hakcipta © 2012 KIPSAS. Semua Hakcipta Terpelihara.