|
PRESIDEN

Nama :
Dato' Haji Hashim bin Abdul Wahab
DIMP., SMP., KMN., AMP., PJK.
Presiden Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Akademik :
B.A. ( University of Malaya ),
M.Ed.-ADULT EDUCATION AND COMMUNITY DEVELOPMENT(
University of Manchester, UNITED KINGDOM ),
DIPLOMA IN HOUSING, BUILDING & PLANNING(
Bouwcentrum International Education, Rotterdam, HOLLAND),
CERT. LOCAL
GOVERMENT ADMINISTRATION
( Univerdity of Birmingham, UNITED KINGDOM ),
CERT. RIGIONAL DEVELOPMENT PLANNING
( United Nation Center for Regional Development, Nagoya, JAPAN ),
( Bouwcentrum International Education, Rotterdam,
HOLLAND
),
CERT. LOCAL GOVERMENT ADMINISTRATION
( University of Birmingham,
UNITED KINGDOM
),
CERT. RIGIONAL DEVELOPMENT PLANNING
( United Nation Center for Human Settlement, Bali,
INDONESIA
),
CERT. CITU POPULATION PLANNING
( Asian Urban Information Center, Kobe,
JAPAN
).
Perutusan Presiden
Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera
Bismillahirrahmanirrahim
Bersama-samalah kita merafakkan setinggi-setinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah
kurnia serta rahmatnya kita masih dapat menggembleng tenaga menjalankan tanggung-jawab yang diamanahkan
kepada kita dan meneruskan agenda memajukan institusi yang dinamik ini, Kita telah memasuki tahun 2010,
tentunya saranan supaya kita menilai dan merenung kembali kejayaan yang telah dilaksanakan dan terus
dipertingkatkan, manakala setiap kelemahan yang wujud perlu diperbaiki.Segala perancangan yang dirangka
pada tahun-tahun sebelumnya wajar dinilai aspek pelaksanaannya samada telah dimanfaatkan dan seterusnya
adakah terdapat peningkatan atau masih berada di takuk yang sama.Bersempena tahun 2010, segala perubahan
yang telah direncanakan wajar dilaksanakan, jadikanlah ia lebih baik daripada tahun sebelumnya, dengan
melihat kepada kemajuan dan menilai prestasi mengikut peranan serta tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Hakikatnya pada tahun 2010 ini, kipsas terus komited untuk melakukan perubahan dan merangka strategi untuk
terus relevan, antaranya:-
- Menilai semula kelebihan dan kelemahan sepanjang tahun 2009 untuk dijadikan panduan dan perancangan yang
lebih sistematik
- pelaksanaan skim perkhidmatan dan penjawatan baru hasil daripadabengkel penstrukturan semula gaji
dan penjawatan
- Peningkatan kepakaran akademik dan kesarjanaan tenaga akademik melalui aktiviti penulisan dan penyelidikan
Merealisasikan penilaian prestasi berasaskan kpi (key-performance indicator) untuk menggantikan sistem
sediada = sasaran kerja tahunan (skt)
- Merangka halatuju diploma baru dengan perancangan untuk KIPSAS fokus ke arah pengajian kewangan islam
dan pengajian bidang keilmuan integratif yang relevan dengan aspirasi pasaran
- Penambahan dan pengkhususan fungsi bahagian Pentadbiran, Akademik dan Hal Ehwal Pelajar supaya wujud
peningkatan kualiti yang ditawarkan.
- Melalui peruntukan RMK-9, penambahan dan peningkatan kemudahan fizikal dan infrastruktur ke arah
menyediakan prasarana pendidikan yang menggalakkan persekitaran proses pengajaran dan pembelajaran
yang harmoni serta kondusif.
- Pengkajian yang lebih serius untuk peningkatan KIPSAS ke arah kolej universiti supaya lebih relevan pada masa
depan dan mampu melahirkan ilmuan sendiri dan tidak hanya menjadi feeder kepada ipta atau menghasilkan
modal insan kelas kedua.
Semoga proses perubahan dan penambahbaikan berterusan ini akan
memangkin kemajuan di kipsas selaras dengan aspirasi misi dan visi kolej.
Sekian, wassalam...
Kata-kata semangat kepada siswa dan siswi
KIPSAS
Kepada pelajar KIPSAS,
saya menyarankan agar pelajar-pelajar berpegang kepada prinsip dan
matlamat kolej untuk menjadikan mereka graduan yang berkualiti, berilmu,
berkemahiran, berketrampilan, inovatif, berakhlak mulia dan bersemangat
patriotik dan saya yakin ini dapat dijayakan melalui penyediaan
kurikulum dan ko-kurikulum pengajian yang mantap dan sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Cabaran utama yang ketara ialah kesediaan pelajar untuk
mengambil peluang dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks
ini. Minda dan pemikiran pelajar juga perlu diubah agar tidak terlalu
bergantung kepada bantuan, tidak belajar semata-mata untuk lulus dan
tidak lemah semangat dalam mengejar cita-cita. Moga-moga menjadi harapan
supaya segala perubahan disokong oleh semua pihak demi kebaikan kolej.
|