Menu Utama      l      Maklumat
 Menu Utama      l      Maklumat Umum          Pengurusan      l      Perkhidmatan          Sekolah pengajian      l      Akademik
--------------- Selamat Datang Ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad  Shah ---------------
kipsas

New Page 1

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KIPSAS

PENGENALAN
Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (MPPKIPSAS) ditubuhkan di bawah artikel 102 (i) Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad (SPIPSB) bagi menampung kegiatan pelajar-pelajar Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.
 

VISI :
Mencetus dan membangkitkan pemikiran mahasiswa dalam membudayakan intelektualiti mengikut acuan al-Quran dan as-Sunnah.



MISI :
Menggarap dan menggerak jentera mahasiswa ke arah perlaksanaan tanggungjawab sebagai wajah-wajah kemajuan dalam sektor pendidikan.



OBJEKTIF :

1) Membimbing mahasiswa ke arah Bi'ah Islamiah dalam menjana kecemerlangan dan sahsiah diri.

2) Melahirkan mahasiswa yang menerapkan nilai-nilai Islam dan berdaya saing dalam pembentukan dan pembangunan intelektual serta keperibadian diri.

3) Memupuk keyakinan dan jatidiri serta mewujudkan sifat tanggungjawab di kalangan mahasiswa.

4) Mewujudkan mahasiswa yang seimbang dari aspek akademik, kerohanian dan sahsiah.

5) Mengeratkan jalinan perhubungan di antara mahasiswa dan pensyarah.



TUJUAN PENUBUHAN

1. Menyatupadukan seluruh pelajar yang sedang menuntut di Kipsas, bersama menggandingkan tenaga dan
    fikiran bagi kemajuan kolej.

2. Melatih pelajar-pelajar cara-cara berpersatuan.

3. Memimpin pelajar-pelajar untuk bergiat di dalam berbagai-bagai aktiviti, sesuai dengan bakat dan kebolehan.

4. Menjadi 'Badan Perunding' antara pelajar-pelajar dengan pensyarah-pensyarah dan pihak pengurusan kolej.

5. Membentuk pelajar-pelajar supaya menjadi seorang muslim yang beriman dan bertaqwa.

6. Bekerjasama dengan kolej dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan dan kewibawaan kolej.

7. Bekerjasama dengan lain-lain persatuan (Badan-Badan, Kelab-Kelab yang ada di kolej/di luar kolej), sekiranya
    kerjasama itu mendatangkan kebaikan dan kebajikan kepada pelajar-pelajar.

8. Menanamkan rasa cinta, sayang dan bertanggungjawab kepada persatuan dan kolej.



MOTTO : "KEPIMPINAN PROAKTIF PENGGARAP MAHASISWA PRODUKTIF"


MPPKIPSAS beralamat di :
KM 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
Nombor telefon : 09-5365353
Nombor faks : 09-5364421.

 


 

 


 

 

 


Hakcipta Terpelihara -
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Kredit :Unit Komputer KIPSAS 2009 Versi 4 (20 Februari 2009) ;
Tel : +609 - 5365353  Fax : +609 - 5364421
webmaster@kipsas.edu.my / pro@kipsas.edu.my

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Mozilla Firefox or Microsoft Internet Explorer dengan resolusi (1024 x 768)