Utama  |  Maklumat Umum  |  Pengurusan  |  Perkhidmatan Akademik  |  Sekolah Pengajian

--------------- Selamat Datang Ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad  Shah ---------------

New Page 1



APLIKASI  ON-LINE

LOGO

BENTUK

Tiga segi logo KIPSAS adalah tiga segi Piramid, ianya adalah lambang kegigihan, kekuatan, kekukuhan, kemantapan, ketahanan, keazaman, ketelusan, keceriaan, kesepaduan dan ketinggian ilmu, berusaha membangunkan tamadun manusia, perkongsian dalam bekerja, menuju kecemerlangan, berfikiran tajam dan realistik, mempunya prinsip, istiqamah dan iltizam.

Terdapat lima buah tiga segi dalam logo ini, tiga darinya bersaiz kecil, tiga darinya bersaiz kecil, satu bersaiz sederhana dan satu lagi bersaiz besar. Ketiga_ tiga saiz ini melamlxingkan beberapa proses yang dirancang oleh Kolej Islam Pahang (KIPSAS) untuk melahirkan pelajar-pelajar dan warp KIPSAS secara teratur, kemas dan tersusun. Ianya j uga menunjukkan beberapa peringkat kursus dari sekecil-kecilnya hingga menjadi satu kursus yang besar dan akhirnya menghasilkan seorang ilmuan yang berwibawa, berkepemimpinan dan berketrampilan, berakhlak mulia, mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi_ aqliah dan naqliah.

Lima garis putih melambangkan rukun Islam yang lima yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim yang beriman kepada Allah. Semua garis putih tersebut menuju ke atas, adalah mengisyaratkan bahawa pelajar-pelajar KIPSAS dan warganya sentiasa menjunjung ketinggian ilmu, mencari setinggi-tinggi kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan. Garis-garis itu juga melambangkan bahawa KIPSAS sentiasa proaktif di dalam merangka dan mengembangkan kursus-kursus, program-program, dan sentiasa mengutamakan kualiti.


WARNA

Warna Putih


Warna putih melambangkan kesucian dan kebenaran yang dituju, keyakinan pada diri sendiri, istiqamah di dalam melaksanakan tugas dan kerja sehingga mencapai kecemerlangan. Warna putih juga melambangkan nilai-nilai murni yang sentiasa diamalkan oleh warga KIPSAS setiap masa.

Warna putih juga melambangkan kesucian, keikhlasan, kebersihan ; ianya adalah lambang kepada warna sifat-sifat semulajadi (Fitrah) sebagai seorang insan sesuai dengan maksud sebuah hadis : Setiap manusia itu dilahirkan putih bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan ianya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Warna Hijau

Melambangkan sifat-sifat yang mesti ada pada warga KIPSAS, seperti positif, intelek, kekuatan diri, berprinsip di dalam hidup, sentiasa sihat, segar, ceria dan berlapang dada, sentiasa menerima teguran dan bercita-cita tinggi.

Warna Kuning

Melambangkan kebesaran raja berpelembagaan, kuasa raja memerintah yang sentiasa ditaati, disanjung dan diagungkan oleh rakyat jelata serta dilindungi oleh agama Islam. Warna kuning juga adalah melambangkan kesedaran, kedewasaan dan kematangan di dalam berfikir dan bertindak.


Warna Biru


Melambangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan berperlembagaan serta melambangkan perpaduan rakyat di bawah satu pemerintah yang adil lagi saksama. Warna biru juga memberi erti kesedaran dan kepekaan di dalam mencari ilmu pengetahuan yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kombinasi Warna

Kombinasi dari keempat-empat warna putih, hijau, kuning dan biru adalah melambangkan gabungan sifat-sifat terpuji yang sentiasa sahaja menuju ke puncak kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan di dalam kehidupan serta menunjukkan kesepaduan di dalam membangunkan KIPSAS oleh warganya, kesepaduan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi.


 

 

 Hakcipta Terpelihara KIPSAS 2007 - Versi 3 (15 Januari 2007) ;
 Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
 Tel : 609 - 5365353  Fax : 609 - 5364421
 
webmaster@kipsas.edu.my