Utama  |  Maklumat Umum  |  Pengurusan  |  Perkhidmatan Akademik  |  Sekolah Pengajian

--------------- Selamat Datang Ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad  Shah ---------------

New Page 1



APLIKASI  ON-LINE

PRASARANA DAN KEMUDAHAN

DewanKuliah

Terdapat 6 buah dewan yang berfungsi sebagai dewan kuliah :
dewan kuliah (memuatkan 150 orang setiap satu)

- 1 dewan serbaguna (menampung sehingga 1300 orang)
- 3 dewan kuliah yang terletak di bangunan lama (memuatkan sehingga 200 orang setiap satu)

Setiap dewan disediakan dengan alat pembesar suara, pendingin udara dan peralatan lain yang boleh membantu pengajaran/pembelajaran.
- 2 buah


Bilik Kuliah

Dua buah bilik kuliah yang setiap satu dapat menampung 50-70 orang pelajar bagi tujuan kuliah kecil.  Bilik ini juga dilengkapkan dengan peralatan OHP, pembesar suara dan berhawa dingin.



Bilik Tutorial

Sejumlah 29 buah bilik tutorial disediakan di kampus KIPSAS.  Setiap bilik boleh menampung 20-30 pelajar pada satu-satu masa.  Semua bilik berhawa dingin dilengkapkan dengan alat OHP dan papan putih.



Makmal Komputer

4 buah makmal komputer disediakan di KIPSAS.  2 buah makmal dikhususkan untuk pelajar yang mengikuti pengajian di Sekolah Teknologi Maklumat sementara 3 buah lagi adalah untuk kursus pengajian yang lain.  Turut disediakan ialah alat-alatan bantuan mengajar seperti OHP, papan putih dan peralatan LCD serta berhawa dingin.


Bilik Penyuntigan Audio dan Visual

Sebuah bilik suntingan multimedia telah dibangunkan untuk kerja-kerja pembangunan produk multimedia.  Ia dilengkapi dengan komputer berprestasi tinggi yang berupaya mengedit audio dan video.  Kelengkapan lain yang disediakan ialah set TV, mixer, kamera digital dan lain-lain alat yang berkaitan.


Bilik Komputer dan Rangkaian

Bengkel komputer ini terletak di bangunan utama bagi pelajar melaksanakan kerja-kerja praktikal membaiki dan memasang komputer dan rangkaian seperti kehendak kurikulum berkenaan.


Makmal Bahasa

Sejumlah 3 buah makmal bahasa yang setiap satu boleh menampung penggunaan 30 orang pelajar pada satu-satu masa terdapat di kampus KIPSAS.  Makmal ini dikhususkan untuk pengajaran bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain kursus pengajian yang memerlukannya.  Kemudahan yang disediakan di setiap makmal bahasa ini adalah selaras dengan teknologi terkini lengkap dengan peralatan audio visual.

Perpustakaan

KIPSAS mempunyai sebuah perpustakaan yang berfungsi menyokong program pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.  Perkhidmatan yang disediakan adalah seiring dengan perkembangan dan ledakan teknologi maklumat masa kini.  Jenis perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan KIPSAS termasuklah :


Tempat Tinggal

Kampus KIPSAS menyediakan segala kemudahan lengkap dan terkini serta cukup untuk menampung kapasiti maksimum lebih daripada 2000 orang pelajar.  Selain daripada kemudahan pengajaran dan pembelajaran, KIPSAS juga menyediakan kemudahan penginapan yang baik bagi menampung keperluan semua pelajarnya.

Semua pelajar ditempatkan di bangunan asrama baru.  Setiap bilik menempatkan 4 orang pelajar.  Penempatan pelajar di asrama seperti ini adalah untuk menerapkan mereka kepada suatu budaya ilmu yang berteraskan Islam.  Mereka diwajibkan mengikuti dan melaksanakan segala aktiviti  bersama-sama di samping dapat menjalinkan silaturrahim yang erat di kalangan mereka.  Sajian makanan sebanyak 3 kali sehari juga disediakan untuk semua penghuni asrama.  Di samping itu pelajar boleh mendapatkan makanan tambahan dari kafeteria yang beroperasi hingga jam 11.00 malam setiap hari.


Sukan Dan Rekriasi

Bagi membina sahsiah dan fizikal yang sihat di samping memupuk bakat dalam sukan dan rekreasi, beberapa kemudahan disediakan seperti berikut :

- Sebuah padang (bolasepak dan hoki)
- Dua buah gelanggang bola tampar 
- Dua buah gelanggang takraw 
- Meja-meja ping pong 
- Sebuah gelanggang bola jarring 
- Kawasan lapang untuk riadah 
- Gelanggang badminton 
- Dua buah gelanggang tennis 
- Lapangan sasar dan peralatan untuk memanah 
- Peralatan berkayak 
- Perlatan Perkhemahan


Masjid Kipsas

Mulai November tahun 2002, bangunan masjid KIPSAS telah siap dibina dan telah digunakan sepenuhnya.  Masjid ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan masyarakat sekitarnya.  Di samping itu di setiap blok asrama terdapat musalla untuk tujuan yang sama.



Kemudahan Pengangkutan

2 buah bas berhawa dingin dengan muatan 44 orang penumpang setiap satu serta 2 buah van disediakan bagi memberi perkhidmatan kepada pelajar.  Kenderaan-kenderaan tersebut digunakan untuk aktiviti ilmiah dan kokurikulum.


Perkhidmatan Kaunseling

Di antara perkhidmatan yang disediakan :

- Merancang, mengurus dan melaksanakan perkhidmatan kaunseling dan
  rundingcara kepada pelajar 
- Membantu pelajar bermasalah melalui kaunseling kelompok atau individu 
- Mengumpul maklumat institusi pengajian tinggi dan peluang pekerjaan bagi
  graduan KIPSAS


Bantuan Pendidikan

Pengurusan KIPSAS mengendalikan permohonan pelajar untuk mendapatkan bantuan pendidikan bagi mereka yang layak kepada Yayasan Pahang, PTPTN, MARA, MAIP dan bank-bank berkenaan.


Tmnet Hotpot


- Kemudahan capaian internet dengan menggunakan teknologi tanpa wayar yang boleh digunakan disekitar kafetaria.


 

 

 Hakcipta Terpelihara KIPSAS 2007 - Versi 3 (15 Januari 2007) ;
 Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 25150, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
 Tel : 609 - 5365353  Fax : 609 - 5364421
 
webmaster@kipsas.edu.my