

Kenapa
Wataniah
Kenapa Askar Wataniah Perlu Dibangunkan
Ada beberapa sebab mengapa kita perlu membangunkan Askar Wataniah.
PERTAMA, negara kita tidak mampu menanggung kos pengurusan angkatan tetap yang besar.
KEDUA, aset negara yang kecil perlu dijurus menjadi dwi-fungsi, iaitu untuk membangun ekonomi negara dan untuk pertahanan negara melalui penglibatan dalam Askar Wataniah.
KETIGA, peperangan pada zaman ini bukan diantara dua angkatan tentera yang bermusuhan tetapi melibatkan seluruh negara dan rakyatnya. Oleh itu, kita perlukan rakyat yang berdaya `multi skills' dan berupaya menggunakan semua sumber negara secara bijaksana. Lantas dapat berfungsi menyokong jentera pertahanan negara dalam suasana getir.
KEEMPAT, saiz negara kita dan keadaan geografinya yang dipisahkan oleh Laut China Selatan memerlukan seluruh sumber negara di gembling bagi mewujudkan pertahanan kukuh dan saling membantu.
KELIMA, Dasar Pertahanan Negara (DPN) dengan jelas menerangkan bahawa dalam suasana konflik (negara bersiap sedia untuk berperang) semua sumber negara mesti dimobilisasikan.
KEENAM, kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengimplementasikan `national service', maka, alternatif mewujudkan Pasukan Simpanan Tentera Darat yang mantap perlu direalisasikan.
Paparan terbaik adalah dengan
menggunakan Mozilla Firefox or Microsoft Internet Explorer dengan resolusi
(1024 x 768)
Peranan dan Tugas Askar Wataniah Ke Arah Matlamat Dasar Pertahanan Negara
AM
Melalui Dasar Pertahanan Negara, kerajaan telah menggariskan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) atau Total Defence sebagai salah satu daripada elemen dalam Dasar Pertahanan Negara yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada bulan Mei 1986. Di dalam konteks HANRUH, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan usaha-usaha yang menyeluruh bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk menentukan pemeliharaan kedaulatan dan keutuhan negara pada sebilang masa. Aspek-aspek yang dipertekankan di dalam HANRUH bukan saja meliputi ketenteraan bahkan aspek pembentukan pemikiran rohani dan jasmani, material, perkhidmatan dan sumber manusia. HANRUH mengandungi dua komponen iaitu Angkatan Tetap (Regular Force) dan Angkatan Simpanan (Volunteer Force) yang telah dikenali sebagai Askar Wataniah. Kedua-dua angkatan ini hendaklah dianggap sebagai satu angkatan yang sama-sama menggunakan sumber yang diperuntukan untuk benteng pertahanan negara.
PERANAN
Konsep Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) antara lain juga telah menggariskan bahawa Askar Wataniah mempunyai misi yang sama dengan Angkatan Tetap. Walaupun demikian, peranan yang dimainkan oleh Askar Wataniah adalah berbeza. Peranan Askar Wataniah adalah seperti berikut:
Untuk
meng`augment' Angkatan Tetap supaya dapat berganding dan bersama-sama dengannya
mengadakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan
strategik negara dimasa darurat atau perang.
Membantu Angkatan Tetap dalam operasi keselamatan dan dalam hal ini ianya
mestilah bersedia untuk dimobilisasi dan diaturgerak bila keadaan memerlukan.
Membantu dan kerjasama dengan pihak berkuasa awam dimasa-masa bencana alam
dan kecemasan awam yang memerlukan.
TUGAS
Bersesuaian
dengan peranan di atas, Askar Wataniah haruslah mampu melaksanakan tugas-tugas
seperti berikut:
Bersedia untuk diaturgerakkan untuk mengambil alih tanggung jawab pasukan
tetap apabila pasukan tetap ditugaskan melaksanakan misi-misi tertentu.
Membantu pertahanan tempatan di sesuatu sektor.
Mengadakan pertahanan kepada sasaran dan instalasi penting (key/essential
points) dan kawasan-kawasan penentuan (critical points).
Mengadakan tenaga pengganti untuk Angkatan Tetap.
Mengendalikan dan meyelaraskan perkhidmatan penting bila diperlukan.
Bertindak sebagai agensi perisik.
Melindungi dan menyelenggarakan saluran komunikasi (Lines of Communication).
Bersedia untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa awam di dalam
menangani kejadian-kejadian bencana alam dan kecemasan yang memerlukan.