

SEJARAH PENUBUHAN ASKAR WATANIAH
Askar Wataniah Malaysia
(AW) adalah badan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang
lain. AW merupakan Angkatan Simpanan Tentera Darat Malaysia sebagai benteng
kedua dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam
AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan
konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan
Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan
rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan
serta pertahanan negara.
HANRUH
antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber
negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula
semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer
Force (FMSVF), Pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil
Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat
pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).
Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, darurat 1948-1960 dan konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai 'Home Guard'. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.
Paparan terbaik adalah dengan
menggunakan Mozilla Firefox or Microsoft Internet Explorer dengan resolusi
(1024 x 768)

13-15/2/2009 (Jumaat-Ahad)
- Pekhemahan di Sg. Lembing
13-14/3/2009 (Jumaat-Sabtu)
- Jalan Lasak Dari Simpang Ubai ke Kg. Sepat