Hakcipta
Terpelihara © ASRI-KIPSAS 2007 - Versi 1 (1 Februari 2007) ;
Perpustakaan kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah 25150, Kuantan, Pahang Darul
Makmur.
Tel : 609 - 5365353 Fax : 609 - 5364421
PENGENALAN
Perpustakaan Kolej
Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( PerKIPSAS ) telah ditubuhkan pada tahun
1996 beralamat di Km 8, Jalan Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur.
PerKIPSAS mulanya beroperasi di blok bangunan lama sebelum operasinya
berpindah kebangunan baru pada februari 2001.
PerKIPSAS kini mempunyai koleksi buku lebih kurang 30,000. Koleksi majalah
tempatan dan luar negara sebanyak 73 judul. Jurnal tempatan dan luar negara
sebanyak 30 judul. PerKIPSAS juga menawarkan bahan-bahan rujukan lain
seperti CD-ROM, Tesis, contoh soalan peperiksaan, akta dan lain-lain.
PerKIPSAS juga menyediakan ruang membaca yang selesa dan sesuai untuk
pengguna mengulangkaji pelajaran. Komputer dan internet juga disediakan
untuk kemudahan pelajar membuat rujukan.
PerKIPSAS juga telah meningkatkan kemampuannya untuk memberikan perkhidmatan
yang sebaik mungkin kepada pengguna dengan mengautomasikan pengurusan
Perpustakaan sepenuhnya. Kami menggunakan sistem berkomputer dengan perisian
Virginia Tech Library System atau VTLS.
Visi
Menyediakan
sumber kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang cemerlang bagi menyokong
kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di KIPSAS.
Misi
Menyediakan
satu persekitaran yang kondusif bagi tujuan meningkat kualiti pembelajaran,
pengajaran dan penyelidikan di KIPSAS dengan menjadikan Perpustakaan pusat
maklumat yang serba lengkap dan berteknologi tinggi.
Obejektif
1. Memenuhi
keperluan kolej dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
2. Mengoptimumkan
penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat yang berkualiti.
3. Memberi
perkhidmatan yang cemerlang dan mesra kepada pengguna Perpustakaan.
4. Mempraktikkan
system pengurusan perpustakaan yang berkesan baik kepada pengguna mahupun
kepada kakitangan Perpustakaan sendiri.