|
PENDAHULUAN
Unit Mata Pelajaran Wajib LAN merupakan unit
yang terbabit dalam mengendalikan mata pelajaran wajib
Lembaga Akreditasi Negara bagi Kolej Islam Pahang Sultan
Haji Ahmad Shah. Mata pelajaran yang terlibat ialah mata
pelajaran Pengajian Malaysia, Pengajian Islam, Bahasa
Kebangsaan ‘A’ dan Bahasa Kebangsaan ‘B’.
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat:
·
Menganalisis
proses pembentukan Malaysia dan impaknya ke atas pembinaan
negara bangsa.
·
Menghuraikan
komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara.
·
Menerangkan
proses politik yang dilalui oleh negara dalam mencapai dan
mengisi kemerdekaan.
·
Menjelaskan
dasar-dasar utama kerajaan dan membincangkan sumbangannya
kepada pembangunan negara.
·
Mengamalkan
nilai patriotisme dan jati diri sebagai rakyat yang cintakan
negara.
·
Menggunakan bahasa dengan berkesan
dari segi lisan dan tulisan.
·
Berkomunikasi secara lisan dengan
berkesan dari segi sebutan dan intonasi, tatabahasa, kosa
kata, ungkapan dan
laras.
·
Memahami bahan bertulisan yang
beraneka jenis dan gaya, dan seterusnya mengungkapkan
fikiran secara lisan
dan tulisan dengan bahasa yang betul dan berkesan.
·
Merumuskan butiran dan memperluas
sesuatu idea dengan cara yang tersusun, padat, dan berkesan
secara lisan
dan tulisan.
·
Mengarang pelbagai jenis teks dengan
bahasa yang betul dan berkesan.
·
Berkomunikasi secara lisan dan
bertulis dengan sopan, di samping mengekalsuburkan
nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
·
Mengetahui sistem bunyi, sistem ejaan
rumi, kosa kata dan tatabahasa Melayu.
·
Boleh
mendengar, memahami pertuturan dan bertutur dalam pelbagai
situasi harian.
·
Boleh
membaca, memahami bahan-bahan bacaan yang mudah serta
melahirkan idea dan perasaan secara lisan
dan tulisan.
·
Menyatakan tasawwur Islam dengan tepat
selain dapat menerangkan Islam sebagai sebuah peradaban dan
tamadun yang menyumbang kepada pembangunan ummah.
·
Menjelaskan keupayaan Islam menangani
pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia.
CARTA ORGANISASI

SA’ADIAH BINTI ABDULLAH BA’AWI
Sarjana Muda Sastera (Linguistik) (UKM)
( Pensyarah )
|