|
KIPSAS – UPSI METERAI MOU KERJASAMA AKADEMIK WUJUDKAN HAB PENDIDIKAN DAN PENTELIDIKAN DI PANTAI TIMUR.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UPSI dan KIPSAS akan diadakan pada 28 November 2006 (Selasa) bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.. Usaha kerjasama ini adalah merupakan satu jalinan dalam bentuk perkongsian pintar akademik antara KIPSAS dan UPSI dalam membantu meningkatkan kualiti dan kemampuan KIPSAS sebagai sebuah pusat keilmuan serantau dengan menjadikan KIPSAS sebagai Pusat Pengajian Program UPSI dalam bidang pendidikan dan penyelidikan di rantau Pantai Timur ini. Melalui jalinan kerjasama ini kita berdoa semoga kedua-dua pihak akan memperolehi faedah dan manfaat untuk kepentingan bersama, di antaranya;
· BEKERJASAMA
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P & P) melalui
penyelidikan, persidangan, latihan dan pembinaan bahan pengajaran · BERSAMA-SAMA mengadakan pertukaran jangka pendek mahasiswa dan pelajar untuk tujuan pendidikan dan pembelajaran Pakatan akademik ini adalah yang kedua selepas kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membabitkan penawaran ijazah sarjana muda (secara eksekutif) di KIPSAS meliputi bidang Syariah dan Dakwah Kepimpinan. Menurut Pengerusi KIPSAS yang juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato Wan Abdullah b Wan Salleh beliau berasa yakin KIPSAS akan muncul sebagai IPTS yang unggul bukan sahaja di sekitar Pantai Timur tetapi tersohor di seantero pelusuk tanah air. Ini kerana wujudnya sinergi pakatan IPTS-IPTS lain di persekitaran KIPSAS dan “market-catchments” di Pantai Timur yang mampu menarik minat pelbagai golongan untuk mendalami ilmu di institusi ini. Di samping itu, sokongan dan dorongan kerajaan negeri Pahang yang berterusan akan menjamin kedudukan yang stabil bagi hab pendidikan ini. Pakatan akademik ini dilihat mampu menyediakan situasi menang-menang (win-win situation) kepada kedua-dua institusi memandangkan kredibiliti dan reputasi yang dimiliki oleh UPSI sebagai pusat pembitaraan cendekiawan ulung Negara.
Disediakan oleh: Unit Perhubungan Awam KIPSAS (24 Nov 2006)
|