MAJLIS PENGAGIHAN ZAKAT KEPADA
PELAJAR KIPSAS

Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) telah mengadakan Majlis Pengagihan Zakat yang berlangsung pada pukul 3.00petang di dewan utama KIPSAS pada hari Selasa, 23 September 2008. Zakat tersebut adalah merupakan sumbangan dari pihak Bank Islam Cawangan Kuantan. Seramai 162 orang pelajar KIPSAS akan menerima zakat tersebut dan selebihnya, seramai 969 pelajar KIPSAS juga turut menerima sumbangan/sedekah. Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) telah mengadakan Majlis Pengagihan Zakat yang berlangsung pada pukul 3.00petang

di dewan utama KIPSAS pada hari Selasa, 23 September 2008. Zakat tersebut adalah merupakan sumbangan dari pihak Bank Islam Cawangan Kuantan. Seramai 162 orang pelajar KIPSAS akan menerima zakat tersebut dan selebihnya, seramai 969 pelajar KIPSAS juga turut menerima sumbangan/sedekah.

Pengagihan zakat disampaikan oleh Pengurus Bank Islam Cawangan Kuantan, Tuan Haji Abdul Manan bin Talib dan juga Presiden KIPSAS, Yang Hormat Dato’ Haji Hashim bin Abdul Wahab.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik. Majlis diakhiri dengan pengagihan bubur lambuk kepada semua pelajar KIPSAS. Penyediaan bubur lambuk ini telah dilakukan sendiri oleh para pelajar yang diketuai oleh Persatuan Bulan Sabit Merah.

                                                                                - info@kipsas -