|
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) telah mengadakan Bengkel ‘Key Performance Indicator’ pada 8 November 2008 di Hotel Shahzan Inn, Kuantan. Bengkel KIPSAS ‘Key Performance Indicator’ (KKPI) ini adalah pada tahap ‘finalisation’ untuk peringkat pentadbiran dan kewangan. Pelaksanaan KKPI ini adalah selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang supaya kaedah penilaian ini dilaksanakan pada tahun 2009. “..Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) akan diwujudkan untuk mengukur sikap, kemahiran dan stamina kerja setiap penjawat awam bagi memastikan budaya berprestasi tinggi diterapkan dalam organisasi dan tahap disiplin yang mantap…”, petikan ucapan dari YB Dato’ Muhammad Safian bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Objektif utama KKPI adalah untuk menghargai atau mengiktiraf kakitangan yang mampu menyumbang kepada pembangunan masa depan KIPSAS, mewujudkan satu sitem penilaian prestasi yang dapat diukur secara jelas, samada dalam bentuk ukuran peratusan, matrik atau kaedah-kaedah yang bersesuaian, mengenalpasti kakitangan yang memerlukan bimbingan dengan mengenalpasti kursus-kursus atau latihan yang bersesuaian, menetapkan tanda-aras perkhidmatan atau ‘Service Benchmark’ kepada proses kerja dan penjawatan dan meningkatkan tahap motivasi dan produktiviti kakitangan ke tahap yang lebih tinggi.
- info@kipsas - |